Hari Keusahawanan di FBKT 2023 bersempena TECHNO INNOVATION EXPO (TIE)

25 Januari 2023

Hari Keusahawanan @ FBKT telah diadakan sempena TECHNO INNOVATION EXPO 2023   (TIE 2023) yang diajurkan oleh FBKT. Program ini telah dijalankan dibawah Jawatankuasa Keusahawanan FBKT yang mana Pengarah Projek bagi program ini ialah Prof.Madya.Dr.Noor Azlina Binti Ibrahim. Sebanyak 16 tapak jualan perniagaan telah disediakan kepada pelajar FBKT iaitu daripada SEB, SEH dan SBT. Lokasi perniagaan pelajar adalah berhampiran Dewan Utama, UMK Kampus Jeli.

Antara objektif program ini adalah untuk mempraktikkan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar fakulti selain membentuk kemahiran keusahawanan dikalangan pelajar. Ianya juga selari dengan moto UMK yang mana “Keusahawanan Teras Kami”.

Antara gerai makanan yang telah disediakan oleh pelajar ialah PRADEGREE BOTH FBKT, BOOTH DESSERT dan makanan lain seperti Vietnam roll, sushi dan air balang.

Prof.Madya Ts. Dr. Sitti Fatimah Binti Mhd Ramle